Semalam,
Hon mya birthday, kitorang pergi sambutnya sekali dengan
Lawan Cahaya yang akan menyambut hari jadinya pada hari esok. Kitorang plan nak makan buffet kat itu Bangsar Seafood Garden, tetapi itu tempat dah fullhouse, so, kitorang pun lepak sekitar Bangsar dan end up kat Bangsar Shopping Centre. At first, nak makan itu "Chabai", tetapi penuh jugak.
Jadi, kitorang pun pergi rayau-rayau, tengok mana lagi boleh kita menjamah kat building itu. Oleh kerana "
Besar Ekor Rata" mya kaki sakit, so, kami suruh dia duduk di "Chabai" sementara kitorang pergi cari tempat lain.
Setelah rayau sana sini, akhirnya, kitorang buat decision nak makan kat sebuah restoran yang ada stimbot dan ala carte - Coca Cola. Tengok menu yang dipamerkan kat luar, macam tak mahal-lah; tapi, bila masuk ke dalam, bukan main mahal. Tapi, takkan nak cabut, kan? Malulah!
So, kirorang 9 orang order satu set makanan untuk 6 orang, dan tambah dua pinggan nasi goreng. Oleh kerana makanan terhad, kami terpaksa jimat-jimat. Ketam tak sampai seekor, kena "lima ekor kuda bahagi mayat" kepada 9 orang, lu ajar gua macam mana? Udang 6 ekor saja, daripada 9 orang yang hadir, 3 orang perlu "berkorban", akibatnya semua orang pun macam anak dara yang nak "buat" untuk kali pertama - segan silu, tak berani nak makan.
Walaupun makanan macam tak berapa cukup, tapi, lepas minum itu stimbot mya sup sebanyak 4 mangkuk, gua pun dah kira kenyang-lah. Lepas itu, kami 9 orang berkongsi dua keping kek hari jadi kecil sebesar handphone Sony Ericson T610: setiap orang lebih kurang secebis saja, tapi, itu pun tak dapat habiskan.

Akhirnya, sampai ke "arus tinggi", iaitu masa buat bayaran!
Fu-yoh, bukan main "murah"! End up, kami setiap orang kena bayar RM60 untuk makan malam itu! Woh, hidangan yang kedua paling "murah" dalam seumur hidup saya! Anyhow, seronok juga, sekali-sekala buat begitu. Kan orang cina yang dulu-dulu pernah berkata "Orang tu, kalau tak ringan-ringan dan gila-gila sikit, zaman muda akan sia-sia saja"
Tapi, kesimpulannya, rakyat Malaysia memang kaya!
Labels: Melayu